MARAN, 19 Julai -- Adik kepada seorang anggota kru bot tunda yang dijumpai terdampar kosong di perairan Dent Heaven, Tambisan, Sabah, Isnin semasa dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna di perairan Tambisan, Lahad Datu, Sabah, Isnin, Khairul Khir Ismail, 19, sugul mengenang nasib abangnya Mohd Ridzuan Ismail, 32, ketika tinjauan fotoBERNAMA di rumahnya di FELDA Jengka Tujuh, dekat Maran, Selasa. Ridzuan bersama empat lagi rakan bekerja sebagai anggota kru bot tunda dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna. Orang-orang kampung yang bersimpati terus mengunjungi rumah mangsa bagi memberi kata-kata semangat supaya anggota keluarga tabah menghadapi dugaan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA