KUALA LUMPUR, 22 Julai -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang (dua, kanan) bersama Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab (tiga, kanan), Timbalan Ketua Pengarang yang juga Presiden Kelab Kakitangan Bernama (KKB) Datuk Mokhtar Hussain (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Mikhail Raj Abdullah (dua, kiri) menikmati 'raja buah' pada Pesta Durian anjuran KKB di Wisma Bernama hari ini.Lebih 300 kakitangan Bernama meluangkan masa menikmati kira-kira 800 kilogram durian dengan dikenakan bayaran hanya RM10 melalui pembelian kupon.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA