PULAU PINANG, 6 Ogos -- Shamsol Abd Aziz, 21, cuba menjinakkan seekor ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditangkap di Penang Turf Club di Jalan Batu Gantong di sini, petang semalam.Shamsol dan abangnya, Shaiful Abd Aziz, 24, mempunyai kepakaran menangkap ular sejak 15 tahun lepas telah mendapat panggilan telefon daripada petugas kelab berkenaan yang menjumpai ular tedung selar itu kira-kira 3.30 petang semalam.Ular berkenaan yang jarang dijumpai itu akan dijinakkan sebelum dibawa untuk membuat pertunjukan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA