KUALA LUMPUR, 23 Julai -- Rumah Penghulu Abu Seman berusia lebih 100 tahun tersergam indah dengan seni bina tradisional Melayu asli yang dahulunya dibina di Bandar Baharu, Kedah sebelum dipindahkan di perkarangan Badan Warisan Malaysia, berhadapan Hotel Royale Chulan. Ukiran rumah tradisional Melayu asli yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan ini juga menjadi bahan sejarah apabila peredaran masa ditelan arus pembangunan yang serba moden kini dilihat hanyut begitu sahaja.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA