GEORGE TOWN, 25 Julai -- Para pelancong mengunjungi Lebuh Armenian di sini tidak melepaskan peluang melihat secara dekat kemahiran Hin Kok Seng, 78, yang menggunakan material rotan dan diaplikasikan dalam reka bentuk kerusi di sebuah bangunan lama yang terletak di kawasan tapak warisan UNESCO. Warga emas itu akan mengambil dan menyiapkan tempahan pelanggannya selama seminggu dengan harga antara RM100 hingga RM500 berdasarkan saiz dan keluasan sesebuah kerusi berkenaan. Beliau yang mempunyai pengalam selama 60 tahun itu, memulakan perniagaanya seawal 8 pagi hingga 5 petang setiap hari. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA