KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Seekor ular sawa berada di bahagian enjin sebuah kereta yang di parkir di tempat letak kereta berhampiran hutan di Jalan 1/8, Taman Amansiara, Rawang hari ini.Menurut saksi Hazli Hisham Hasim, 38, ular sepanjang 6 kaki itu disedari pemilik kereta berkenaan, yang juga jirannya, kira-kira 8 pagi tadi ketika hendak menghidupkan enjin kereta untuk keluar bekerja. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA