KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bandar Baru Selayang memasukkan seekor ular sawa ke dalam karung guni selepas dikeluarkan dari bahagian enjin sebuah kereta yang di parkir di tempat letak kereta berhampiran hutan di Jalan 1/8, Taman Amansiara, Rawang hari ini.Menurut saksi Hazli Hisham Hasim, 38, ular sepanjang 6 kaki itu disedari pemilik kereta berkenaan, yang juga jirannya, kira-kira 8 pagi tadi ketika hendak menghidupkan enjin kereta untuk keluar bekerja.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA