KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- ISTIMEWA ... Seorang artis yang terlibat dengan usaha penghasilan mural di beberapa stesen minyak milik Shell, Yap Hanzhen adalah penghidap simptom autisme yang mempunyai kebolehan 'memori fotografi' dan sekaligus memberi beliau bakat dalam menghasilkan lukisan melalui kebolehannya itu. Beliau setakat ini telah mengadakan 36 pameran di sekitar Malaysia, Singapura, Jepun, Korea dan China.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA