KUANTAN, 3 Ogos -- Bagaikan pesta, itulah yang boleh digambarkan dengan suasana malam di kedai buah Globalmax yang dibanjiri pelanggan untuk menikmati keenakan buah durian yang dijual di situ semasa tinjauan fotoBERNAMA, malam tadi.Sejak menjadi viral seminggu lalu, kedai itu beroperasi 11 pagi sehingga 12 malam setiap hari sentiasa mencuri perhatian pelanggan di sekitar.Selain dibawa pulang, peminat raja buah boleh menikmatinya terus di meja yang disediakan di kawasan lapang di hadapan kedai bersama keluarga dan rakan-rakan.Antara jenis durian yang dijual ialah Musang King Gred A dengan harga RM30 sekilogram, Musang King Gred B RM20 sekilogram, Durian IOI RM15 sekilogram, Durian Kampung Kahwin 3 biji RM20 dan Durian Kg RM8 sekilogram.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA