KOTA KINABALU, 4 Ogos-- DETIK 31 OGOS ... Kibaran Jalur Gemilang dapat dilihat sebagai tanda Hari Kebangsaan akan disambut tidak lama lagi apatah lagi Sabah dipilih sebagai tuan rumah sempena Hari Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Tawau. Pelbagai program turut dirancang dan diselaraskan bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan. Bandaraya Kota Kinabalu kini gah dengan kibaran Jalur Gemilang seperti di sepanjang jambatan Yayasan Sabah berhadapan dengan Kompleks Pejabat Pentadbiran Kerajaan Sabah di Teluk Likas. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA