GEORGE TOWN, 5 Ogos -- Seorang pegawai Jabatan Penerangan Negeri menyusun jalur gemilang yang akan diedarkan kepada orang ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Pejabat Penerangan Negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Sebanyak 5,000 jalur gemilang pelbagai saiz diedarkan kepada orang ramai bagi menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan 'Sehati Sejiwa'.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA