GEORGE TOWN, 5 Ogos -- Seorang pengemis dilihat duduk di sudut bangunan Bank Standard Chartered Lebuh Pantai, meminta sedekah daripada orang ramai yang lalu lalang hari ini. Bangunan klasik zaman Kolonial British itu dibina pada tahun 1925 merupakan sebahagian daripada tarikan pelancongan tapak warisan UNESCO, namun kehadiran pengemis itu sedikit sebanyak mencacatkan imej bangunan bersejarah tersebut. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA