KUANTAN, 7 Ogos -- PATRIOTIK... Peniaga kedai makan Wan Rahimi Wan Mokhtar,54, sibuk mewarnakan mural Jalur Gemilang, bunga kebangsaan dan gambar Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra pada dinding kedainya di Kampung Peramu hari ini. Saban tahun pada bulan Ogos Wan Rahimi sentiasa menghiasi kedainya dengan tema kemerdekaan bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan menjelang 31 Ogos ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA