SHAH ALAM, 8 Ogos-- Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat (dua, kiri) menunjukkan empat motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian tembak dan tetak yang mencederakan tiga individu dalam satu kejadian di Seksyen 16 awal pagi Sabtu lepas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini. Polis berjaya menahan tiga suspek berhubung kes tersebut dan merampas empat motosikal, sebuah kereta dan dua bilah parang.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA