PULAU PINANG, 10 Ogos -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat, kanan, barisan belakang) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama para peserta Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang Mengibar Jalur Gemilang mini hari ini. Seramai 97 pelajar dari 29 sekolah menengah seluruh Perlis menyertai bengkel anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Pendidikan Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Bengkel tiga hari itu berlangsung di Pulau Pinang bermula semalam dan diadakan setiap tahun sejak sembilan tahun lalu. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA