ULANG SIAR...GAMBANG, 10 Ogos Ð- Pasukan Berbasikal Institut Jantung Negara Cardiac Cycle meneruskan kayuhan mereka ke Gambang sempena dengan Program Jelajah Berbasikal ÔMy Heart My Life 2016Õ hari ini. Program ini merupakan satu kempen kesedaran tentang bahaya penyakit nombor satu negara iaitu penyakit jantung. Program Jelajah Berbasikal ini berlangsung dari 9 hingga 16 Ogos 2016 bermula di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, merentasi dua bandar dan empat pekan sejauh 1035km iaitu Temerloh, Kuantan, Pekan, Johor Baharu, Muar, Bagan Lalang, Putrajaya dan kembali semula ke Institut Jantung Negara.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA