KUANTAN, 10 Ogos -- Pasukan berbasikal Institut Jantung Negara Cardiac Cycle (IJNCC) mengunjungi rumah bekas pesakit IJN, adik Nur Nazeera Batrisya, 11 bulan yang menghidap tiga komplikasi jantung iaitu saluran jantung tidak normal, kedudukan injap jantung terbalik serta jantung berlubang di Lorong Pak Mahat, hari ini. Ibunya, Nur Nabihah Abas, 22, menceritakan penderitaan yang dialami anaknya dan menerima rawatan di IJN pada Jun lalu. Menurut ibunya, pesakit hanya menerima rawatan satu daripada tiga penyakit itu dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) mengambil inisiatif untuk menaja kos pembedahan. -- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA (2016)