KUANTAN, 10 Ogos -- Pasukan berbasikal Institut Jantung Negara Cardiac Cycle (IJNCC) membuat lawatan ke rumah bekas pesakit IJN, adik Nur Nazeera Batrisya, 11 bulan yang menghidap tiga komplikasi jantung termasuk jantung berlubang di kediamannya di Lorong Pak Mahat hari ini. Ibunya, Nur Nabihah Abas, 22, menceritakan penderitaan yang dialami Nur Nazeera dan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jun lalu. Pasukan IJNCC turut memberikan sumbangan kepada keluarga kanak-kanak itu.--fotoBERNAMA (2016) HAKCIPTA TERPELIHARA