ALOR GAJAH, 14 Jun -- Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (berdiri tengah) bersama para peserta selepas merasmikan Jelajah AI MyMahir (JAM) peringkat Parlimen Alor Gajah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan hari ini. JAM peringkat Parlimen Alor Gajah itu merupakan edisi ke-10 dengan penyertaan hampir 300 orang terdiri dalam kalangan usahawan, pelajar dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA