IPOH, 11 Ogos -- SEMANGAT MERDEKA...Gelagat bekas tentera laut Baharuddin Abd Hamid, 59, menjadi tumpuan remaja ketika menggayakan baju Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat patriotik ketika ditemui di Manjung, baru-baru ini. Baharuddin yang dikenali sebagai 'Uncle Pit Pit' kini pemandu van sekolah menjahit sendiri pakaian itu dengan menggunakan empat helai Jalur Gemilang. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-59 pada 31 Ogos ini dengan pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan ini antaranya kempen mengibar Jalur Gemilang. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA