KANGAR, 19 Ogos -- PEMERAN ... Exco Kerajaan Negeri Perlis, Yip Soon Onn (kiri) mendengar penerangan daripada Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohd Fadzil Haroon (dua,kiri) mengenai pameran bergerak pada majlis Penyerahan Peralatan Bomba Sukarela di sini, hari ini.Pasukan Bomba dan Penyelamat Perlis menerima sebuah bas pameran bergerak bernilai RM500,000 untuk memudahkan mereka menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai langkah-langkah mengelakkan kebakaran.Pada majlis itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat turut menyerahkan 50 set pakaian lengkap anggota bomba kepada 10 pasukan bomba sukarela di seluruh Perlis.-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA