KUANTAN, 13 Ogos -- Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail (tengah) bersama Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 ketika Program Jiwa Murni di Felda Bukit Kuantan, hari ini.Projek Jiwa Murni membaiki Tabika Felda Bukit Kuantan sempena Eksesais Pacific Partnership 2016 bermula 2 Ogos sehingga 14 Ogos ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA