GEORGE TOWN, 13 Ogos -- Fauzi Jalil, 36 menunjukkan semangat patriotik yang tinggi dengan menghiasI basikalnya dengan Jalur Gemilang ketika ditemui di Jalan Perak semasa tinjauan fotoBERNAMA hari ini. Fauzi berkata, pada sambutan hari kemerdekaan ke-59 yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' pada 31 Ogos kelak, beliau telahpun menempah baju bendera dan akan mengayuh basikal mengelilingi bandar George Town.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA