GEORGE TOWN, 13 Ogos -- Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas mengucapkan tahniah kepada Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang dikurniakan Darjah Pangima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri selepas majlis Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri sempena Ulang Tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri ke-78 di Dewan Sri Pinang hari ini.Turut diperhatikan Toh Puan Hajah Majimor Shariff dan pemuzik tersohor Datuk Dr Ahmad Khan Nawab Khan yang juga dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA