===ULANG SIAR PEMBETULAN EJAAN UNESCO===GEORGE TOWN, 13 Ogos -- Memperolehi anugerah status Tapak Warisan UNESCO bukanlah sesuatu yang mudah, dan tidak mudah juga untuk membatalkan anugerah tersebut. Demikian pendapat Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Dr Ang Ming Chee mengulas spekulasi George Town mungkin kehilangan status warisan itu ekoran surat empat halaman yang ditulis anggota Forum Pulau Pinang ke ibu pejabat UNESCO di Paris. Kelihatan bangunan bersejarah yang terdapat di tapak warisan UNESCO. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA