PULAU PINANG, 13 Ogos -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menandatangani plak buku sempena pelancaran buku bertajuk 'Organisational Transformation Concepts and Implementation' di Universiti Sains Malaysia (USM) semalam.Buku karya Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (IPPA) USM Dr Musa Ali, yang diterbitkan oleh Penerbit USM dan Educational Competencies Consortium United Kingdom (UK) itu dijangka mula dipasarkan semasa Pesta Buku Frankfurt, Jerman September ini.Turut berangkat menyaksikan majlis pelancaran itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tiga, kiri).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA