BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos -- Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ASP Mohd Zulkefli Mohd Mukhtar menunjukkan sebahagian daripada 45 buah kereta mewah yang berjaya ditemui semula selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.Kesemua 45 buah kereta mewah itu ditemui semula di sebuah bengkel di Bukit Tengah 13 Ogos lalu dan dipercayai telah dileraikan dan komponen yang masih boleh digunakan dipasang pada kenderaan klon.Susulan itu, polis menahan empat lelaki dan merampas 45 buah kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA