KUANTAN, 15 Ogos -- Kedai makan Wan Rahimi Wan Mokhtar, 54, sememangnya menjadi tumpuan kerana semangat patriotik yang ditunjukkan sunggguh membanggakan.Saban tahun menjelang hari kemerdekaan negara dia yang diberi nama jolokan 'Mi Merdeka' di kalangan penduduk setempat sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menghiasi kedai makannya yang terletak di Kampung Peramu dengan tema kemerdekaan termasuk membina gerbang merdeka. Menurut Wan Rahimi, usaha yang dilakukan itu semata-mata untuk meningkatkan semangat patriotik pada diri sendiri dan pelanggan selain menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA