PUTRAJAYA, 16 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (lapan, kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (sembilan, kiri) bergambar bersama para pemimpin negara yang terlibat dengan persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) semasa menghadiri majlis perasmian Persidangan NBOS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.Antara pemimpin yang hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri), Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland (tiga, kiri), Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean (empat, kiri), Naib Presiden Maldives Abdullah Jihad (lima, kiri), Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan O Cha (enam, kiri), Raja Swaziland King Mswati III (tujuh, kiri), isteri Presiden Nauru Louisa Waqa (enam, kanan), Presiden Nauru Baron Waqa (lima, kanan), Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) dan Timbalan Perdana Menteri Thailand Wisanu Krue Ngam (tiga, kanan). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA