KUALA LUMPUR, 16 Ogos -- Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Dr Aishah Ong (tengah) menyampaikan penghargaan kepada Pengurus Bahagian Pemasaran Foto BERNAMA, Mohd Farhan Mustafa (kanan) sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub (kiri) setelah selesai konvoi jelajah berbasikal "My Heart, My Life" anjuran Yayasan IJN, hari ini. BERNAMA dan BERNAMA News Channel (BNC) mengikuti dan turut membuat liputan mengenai konvoi jelajah berbasikal IJNCC yang bermula dari IJN Kuala Lumpur ke beberapa tempat seperti Temerloh, Kuantan, Pekan, Johor Bahru, Pontian dan Bagan Lalang.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA