TAIPING, 18 Ogos -- Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melancarkan Buku Garis Panduan Penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan Paya Laut di Malaysia pada perasmian Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa peringkat Kebangsaan di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang Taiping hari ini.Turut hadir Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Seri Dr Abdul Rahman Abdul Rahim (kiri) Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin (kanan) dan Pengerusi Landskap Malaysia Tun Jeanne Abdullah (dua, kanan).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA