SHAH ALAM, 19 Ogos -- Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Jailani Johari (kiri) mendengar penerangan daripada pereka logo Hari Kebangsaan, Prof Madya Hashim Hassan, 78, (kanan) yang juga Bekas Pensyarah Universiti Teknologi Mara ketika merasmikan Pameran Logo Hari Kebangsaan di Galeri Shah Alam baru-baru ini.Hashim digelar sebagai Bapa Logo Hari Kebangsaan kerana mencipta logo Hari Kebangsaan selama sembilan tahun seperti yang diamanahkan oleh Jabatan Perdana Menteri iaitu pada 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA