SHAH ALAM, 19 Ogos -- Bekas Pensyarah Universiti Teknologi Mara Prof Madya Hashim Hassan, 78, yang digelar 'Bapa Logo Hari Kebangsaan' bersama satu daripada logo Hari Kebangsaan yang dicipta pada 1981 ketika perasmian Pameran Logo Hari Kebangsaan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di Galeri Shah Alam baru-baru ini.Hashim menerima penghormatan sebagai Bapa Logo Hari Kebangsaan kerana mencipta logo Hari Kebangsaan selama sembilan tahun seperti yang diamanahkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA