SHAH ALAM, 20 Ogos -- Penyokong negara memenuhi ruang menonton yang disediakan pada perlawanan akhir Badminton Beregu Lelaki antara Malaysia dan China pada Sukan Olimpik Rio 2016 yang disiar secara langsung di sebuah restoran Seksyen 7, awal pagi ini. Pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong beraksi menentang gandingan China, Fu Haifeng dan Zhang Nan bagi memburu emas pada Temasya Sukan Olimpik Rio. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA