BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos -- PERAYAAN HANTU LAPAR ... Anggota Jawatankuasa Phor Thor Bukit Mertajam membawa patung Dewa Neraka setinggi 8.2 Meter untuk dibakar dalam perayaan Hantu Lapar di Jalan Pasar ketika tinjauan fotoBERNAMA semalam.Menurut kepercayaan masyarakat Taoist, pintu neraka akan dibuka pada bulan ketujuh mengikut kalendar Lunar dan roh akan turun ke dunia untuk mencari makanan sambil diperhatikan oleh Dewa Tai Su Yeah. Beribu-ribu masyarakat Cina berkumpul di Jalan Pasar dalam perayaan itu yang disambut pada 3 Ogos hingga 31 Ogos.Ia merupakan tradisi berusia lebih 100 tahun bagi masyarakat Cina dan selepas upacara pembakaran patung itu maka berakhirnya perayaan Hantu Lapar di kawasan Bukit Mertajam.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA