KUCHING, 20 Ogos -- Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak yang pernah beberapa kali memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Hamdan Sirat, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar petang ini.Allahyarham yang berusia 95 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 petang di kediamannya di Demak Baru, Jalan Bako, di sini, meninggalkan lima anak lelaki dan dua anak perempuan.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Semariang pukul 11 pagi esok.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA