TELUK INTAN, 21 Ogos --Noraida Abdullah, 27 , bersama anak sulungnya Nur Raisha Rania Mohd Haikal yang bakal menginjak usia setahun pada 31 Ogos 2016.Nur Raisha Rania berkongsi tarikh lahir dengan neneknya, Allahyarhamah Rahimah By Hanifa yang lahir pada 31 Ogos 1957. Namun neneknya telah meninggal dunia Ramadan lalu ketika berusia 58 tahun akibat sakit buah pinggang. Allahyarhamah Rahimah antara 12 insan istimewa Anak Merdeka dari Daerah Hilir Perak yang dilahirkan pada tarikh keramat ketika Hari Kemerdekaan Negara. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA