BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos -- Masyarakat Cina melakukan upacara sembahyang pada Dewa Neraka 'Tai Su Yeah' semasa dewa berkenaan dibakar dalam satu upacara pembakaran sempena perayaan Hantu Lapar di Jalan Pasar baru-baru ini.Perayaan Hantu Lapar tahun ini jatuh pada 3 Ogos hingga 31 Ogos dan disambut selama sebulan oleh masyarakat Toist dengan mendirikan bangsal di sekitar Pulau Pinang untuk menyembah Dewa Neraka dan persembahan opera diadakan bagi menggembirakan dewa berkenaan. Menurut kepercayaan masyarakat Taoist, pintu-pintu neraka akan dibuka pada bulan ketujuh mengikut kalendar Lunar dan roh-roh akan turun ke dunia untuk mencari makanan sambil diawasi oleh Dewa 'Tai Su Yeah'. Mereka menyembah Dewa Neraka dalam bentuk patung kertas dan percaya dewa berkenaan akan kembali ke neraka bersama roh-roh selepas patung berkenaan dibakar. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPEIHARA