BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos -- Para guru dan murid Sekolah Kebangsaan Seri Impian, Kubang Semang membuat formasi berbentuk hati dan 59 pada program Semarak Merdeka di sekolah itu sempena menyambut bulan Kemerdekaan hari ini. Program itu dijalankan bagi mendidik para pelajar agar mempunyai rasa cintakan negara dan semangat patriotik yang tinggi di samping mengenang jasa pejuang negara menjelang Hari Kebangsaan ke-59 bertemakan "Sehati Sejiwa" pada 31 Ogos ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA