KUANTAN, 22 Ogos -- Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh (dua, kiri) melekatkan Jalur Gemilang pada salah sebuah kenderaan pengguna jalanraya yang melalui Jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Kampung Beserah pada Program Kempen Kibar Jalur Gemilang, hari ini.Program anjuran Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (BAKKISS) dengan kerjasama Ibupejabat Polis Daerah Kuantan dan Skuad Polis Aman Wanita (AMANITA) itu bertujuan menanam sikap patriotik serta kesedaran kepada orang ramai terutama pengguna jalanraya agar mengibar Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.Sebanyak 1,500 Jalur Gemilang diagihkan secara percuma kepada pengguna jalanraya yang melalui kawasan tersebut.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA