KUANTAN, 22 Ogos -- Anggota polis wanita turut mengagihkan Jalur Gemilang kepada penunggang motosikal pada Program Kempen Kibar Jalur Gemilang, hari ini.Program anjuran Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (BAKKISS) dengan kerjasama Ibupejabat Polis Daerah Kuantan dan Skuad Polis Aman Wanita (AMANITA) bertujuan menanam sikap patriotik serta kesedaran kepada orang ramai terutama pengguna jalanraya agar mengibar Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing menjelang sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.Sebanyak 1,500 Jalur Gemilang diagihkan secara percuma kepada pengguna jalanraya yang melalui jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Kampung Beserah. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA