PUTRAJAYA, 23 Ogos -- Isteri Perdana Menteri, yang juga Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra bersama kanak-kanak Permata pada majlis pelancaran Program Perkhemahan Pintar dan Berbakat Permata Negara di Seri Perdana hari ini.Turut hadir Setiausaha Bahagian, Bahagian Permata, Datuk Saidatul Akhma Hassan (kiri), Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Program Permata, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod (dua, kiri), Perunding Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (empat, kanan), dan Pengarah Pusat Permata Pintar Negara, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak (dua, kanan).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA