PANGKOR, 23 Ogos -- Pulau Pangkor terkenal antara tempat pelancongan terulung di Perak dengan keindahan alam semulajadi serta popular dengan pelbagai aktiviti sukan air. Kini, Pulau Pangkor menerusi ATV Adventure Pangkor menawarkan pilihan baharu kepada pengunjung dengan menawarkan aktiviti sukan lasak permotoran ATV yang kian menjadi kegilaan di kalangan generasi muda. Trek yang disediakan pula meliputi kawasan hutan simpan yang sangat mencabar yang melalui kawasan cerun, titi-titi buluh serta keadaan tanah yang tidak sekata menguji kecekapan penunggang ATV.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA