PUTRAJAYA, 23 Ogos -- Seorang ahli perniagaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lebih RM500,000 membabitkan projek pembalakan di pantai timur, hari ini. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman memerintahkan lelaki bergelar Datuk itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA