KUCHING, 24 Ogos -- Gelagat murid-murid Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee mengibarkan Jalur Gemilang ketika program Semarak Merdeka yang diadakan di sekolah itu hari ini. Program tersebut bertujuan mendidik murid-murid agar mempunyai rasa cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' pada 31 Ogos ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA