KUCHING, 24 Ogos -- Murid Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee, Tharsni Thasha Chanderan, 10, (kiri) bersama rakan-rakannya memasang Jalur Gemilang ketika program Semarak Merdeka yang diadakan di sekolah itu hari ini. Program tersebut bertujuan mendidik murid-murid agar mempunyai rasa cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' pada 31 Ogos ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA