NEW YORK, 25 Ogos -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyampaikan buku 'Integrated Deradicalisation Module for Terrorists' kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas sidang akhbar bersama wartawan Malaysia pada Rabu. Garis panduan yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan Polis Diraja Malaysia itu merupakan langkah produktif dalam usaha menangani isu keganasan di Malaysia. Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat yang berakhir esok, mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA