NEW YORK, 25 Ogos -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis makan malam bersama kakitangan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakyat Malaysia di Ibu Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke PBB pada Rabu.Turut hadir Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim (kiri).Ahmad Zahid dalam rangka lawatan lima hari ke Amerika Syarikat dari 22 hingga 26 Ogos, antara lain adalah untuk mempengerusikan perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB berhubung senjata pemusnah besar-besaran (WMD). -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA