KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) melihat arca pada Majlis Perasmian Arca Karektor Kartun Lat di Dataran laluan Jejak Warisan 2 Jalan Melaka hari ini.Turut kelihatan kartunis terkenal tanah air, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat (dua,kanan) Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan (tengah) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abd Azizi (dua,kiri).Sebanyak 11 koleksi arca dipaparkan di Jalan Melaka, Jalan Gereja dan sebahagian Jalan Raja Chulan sebagai mercu tanda dan hiasan landskap di bandaraya Kuala Lumpur.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA