KUANTAN, 25 Ogos -- "Jiwa Anak Merdeka" itu ayat pertama terkeluar dari mulut peniaga kuih tradisional Manahariah Abdullah,50, ketika ditanya kenapa memasang Jalur Gemilang di sekitar gerainya ketika tinjauan fotoBernama hari ini. Setiap tahun wanita ini akan menghiasi Jalur Gemilang di gerai kuihnya di Kampung Atong Jalan Kuantan-Sungai Lembing bagi menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA